fbpx

Tunggang motosikal 160km setiap hari ke kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazli (kiri) dan Mohamad Adib Syazwan selepas bersama anugerah masing-masing selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini. /Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Penat jerih menunggang motosikal sejauh 160 kilometer (km) sejak dua tahun lalu membuahkan hasil apabila pembantu tadbir Penjara Taiping menerima Anugerah Ketua Pengarah sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang 2022 hari ini.

Kesungguhan dan ketekunan Mohd. Fazli Sahak@Ishak,40, berulang alik dari Taiping ke Nibong Tebal sepanjang mengikuti program pengajian Sijil Kulinari didorong semangat ingin menimba ilmu dalam bidang yang amat diminatinya.

“Saya melanjutkan pengajian menerusi tawaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus buat penjawat awam.

“Cabaran memang banyak apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, saya terpaksa menunggang motosikal untuk ke Kolej Komuniti Nibong Tebal kerana perkhidmatan tren dihentikan seketika.

“Saya sememangnya amat meminati bidang kulinari dan merancang untuk membuka kafe yang akan diuruskan isteri nanti,” katanya kepada pemberita di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini hari ini.

Seramai 11 graduan menerima diploma manakala 417 graduan menerima sijil yang disampaikan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad.

Majlis konvokesyen tersebut melibatkan enam kolej sekitar Pulau Pinang iaitu Kolej Komuniti Seberang Jaya, Kepala Batas, Nibong Tebal, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bayan Baru. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI