fbpx

Tuchel berdepan hukuman daripada PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL (kanan) memberikan arahan kepada penyerang, Kylian Mbappe ketika menentang Angers di Parc des Princes awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo mengkritik rungutan terbuka ketua jurulatih pasukan itu, Thomas Tuchel yang meluahkan kekecewaan ekoran kegagalan gergasi Ligue 1 itu tidak menandatangani bintang ternama pada jendela perpindahan kali ini.

Leonardo, 51, menegaskan, Tuchel, 47, mungkin berdepan hukuman atau denda kerana keluhannya yang tidak berasas terhadap pihak pengurusan yang sedang bertungkus lumus mencari beberapa pemain baharu buat PSG musim ini.

“Kami masih lagi dalam fasa mencari pemain baharu buat pasukan. Jadi, saya sangat kecewa dengan kenyataan Tuchel terhadap pengurusan kelab dan kami akan berbincang mengenai kemungkinan dia akan didenda selepas ini.

“Perkara ini boleh dibincangkan dan tidak perlu sewenang­nya mendedahkan isi hati secara terbuka kepada pihak media,” katanya selepas menyaksikan PSG membelasah Angers 6-1 pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam.

PSG hanya mendapatkan satu muka baharu dengan meminjam khidmat Alessandro Florenzi dari AS Roma selama semusim selepas mengikat dua pemain pinjaman musim lalu, Mauro Icardi dan Sergio Rico secara tetap.

Dalam perkembangan sama, Tuchel mengakui, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya walaupun berjaya mencatat kemenangan besar pada aksi yang berlangsung di Parc des Princes itu.

“Saya tidak mahu pemain mendabik dada dengan kemenangan ini kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas banyak peluang keemasan disia-siakan oleh jentera serangan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI