fbpx

Lukaku makin bersemangat bantu Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kanan) menerima trofi Pemain Terbaik Liga Europa 2019/2020 daripada Pengarah Kejohanan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Giorgio Marchetti (kiri) di Milan, Itali. – AFP

MILAN – Penyerang prolifik Inter Milan, Romelu Lukaku teruja apabila diiktiraf sebagai pe­nerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Europa 2019/2020, sekali gus berazam untuk terus membantu skuad Nerazzurri mencapai sasaran musim ini.

Sebagai rekod, Lukaku yang berhijrah daripada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United ke Inter pada tahun lalu, berjaya merekodkan 34 gol dalam semua kejohanan bersama skuad kendalian Antonio Conte itu.

Meskipun gagal membantu Inter menjuarai trofi Liga Europa selepas tewas kepada Sevilla 2-3 pada final musim lalu, namun Lukaku masih berjaya meraih undian tertinggi dengan 270 mata berbanding pencabar terdekat daripada United, Bruno Fernandes.

“Saya sangat gembira dengan pengiktirafan ini yang membuatkan saya lebih positif untuk mengharungi cabaran musim baharu.

“Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sepasukan yang sentiasa memberi doro­ngan serta jurulatih (Conte) yang meletakkan kepercayaan penuh terhadap bakat saya.

“Ini adalah masa untuk saya membalas semula dengan be­kerja keras bagi memastikan sasaran pasukan menamatkan kemarau trofi berakhir musim ini,” kata Lukaku.

Inter kini berada dalam prestasi terbaik dengan dua kemenangan Serie A berturut-turut, akan membuat perhitungan sukar menentang Lazio pada aksi liga seterusnya di Stadium Olimpico malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI