fbpx

Cuti sekolah, lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan dari Bangi, Selangor ke Nilai, Negeri Sembilan.

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak dan perlahan di lebuh raya sejak pagi tadi berikutan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti ke tempat tumpuan pelancong susulan cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.

Berdasarkan kemas kini Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara – Selatan susulan pertambahan kenderaan.

“Ia melibatkan iaitu Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar, Putra Mahkota ke Nilai, Seremban ke Port Dickson, Senawang ke Pedas Linggi serta Yong Peng ke Ayer Hitam.

“Dalam masa sama, trafik turut dilaporkan perlahan arah utara iaitu Plaza Tol Skudai ke Senai,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Situasi sama melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak apabila trafik perlahan dari arah timur iaitu Plaza Tol Gombak arah timur dan Kilometer (KM) 27.8 ke Terowong Genting Sempah sejak pukul 10.22 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI