fbpx

Misi layak ke Piala Dunia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD bola jaring kebangsaan sedia berjuang pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di Singapura bagi mendapatkan kelayakan ke Piala Dunia 2023 di Cape Town, Afrika Selatan.

MALAYSIA membawa misi besar pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di Singapura bermula hari ini hingga 11 September yang merupakan pusingan kelayakan ke Piala Dunia 2023 di Cape Town, Afrika Selatan.

Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan C bersama Brunei dan Taiwan, dijangka tiada masalah untuk meloloskan diri ke pusingan kedua sebelum berusaha mencapai sasaran mara ke pentas final.

Presiden Persatuan Bola Ja­ring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib meluahkan keyakinannya terhadap senarai 12 pemain akhir yang terpilih mewakili Malaysia kali ini selepas edisi 2020 terpaksa dibatalkan disebabkan Covid-19.

“Kita tak berjaya ke Piala Dunia sewaktu edisi terakhir (2018 di Singapura) selepas menduduki tempat ketiga di belakang Sri Lanka dan Singapura. Namun, saya yakin kita mampu beri kejutan kali ini.

“Saya berharap semua pemain yang terpilih yakin dengan diri sendiri dan sentiasa bersema­ngat tinggi untuk beri kejutan di sana. Kami sentiasa mendoakan kejayaan mereka,” katanya sewaktu majlis penyerahan Jalur Gemilang di Stadium Juara, Bukit Kiara Selasa lalu.

Skuad negara yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, membariskan nama-nama berpengalaman seperti An Najwa Azizan, Nurfariha Abdul Razak, Nur Syafazliana Mohd. Ali dan Karishma S. Loganathan.

Malaysia yang kini dikendalikan jurulatih dari Australia, Lisa Behag, akan membuka kempen Kumpulan C di OCBC Arena menentang Brunei hari ini diikuti Taiwan dua hari kemudian.

Sebagai rekod, Malaysia pernah ditabalkan sebagai juara Asia di Thailand pada 2016 selepas kali pertama menjuarainya sewaktu penganjuran sulung di Kuala Lumpur pada 1985.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI