fbpx

Nursuzila murung, sering menangis rindukan arwah ibu, adik-adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURSUZILA kini bergelar yatim piatu pada usia lapan tahun. Gambar kanan: Kemalangan yang meragut nyawa ibu, bapa tiri dan dua adiknya pada 30 Ogos lalu.

KOTA TINGGI – Anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas di Kampung Semanggar Dalam di sini pada minggu lalu menga­lami kemurungan dan sering menangis mengenangkan arwah ibu bapa serta adik-adiknya.

Kejadian pada 30 Ogos lalu itu meragut nyawa Siti Jamaliah Mohd. Yatim, 27, suaminya, Mohamad Suti Yahaya, 39, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi, 5, dan Nurfatihah Jannah, sembilan bulan.

Anak pasangan itu, Nursuzila Abdul Rahman, 8, tidak mengikuti ibu bapa serta adik-adiknya semasa kejadian.

Menurut neneknya, Rosni Sintingan, 53, berkata, Nursuzila yang kini bergelar yatim piatu masih bersedih dengan kejadian yang meragut nyawa empat ahli keluarganya.

“Dia terkejut apabila mendapat tahu ahli keluarganya ‘pergi’­ dan sedih sewaktu melihat jenazah ibu, ayah tiri dan dua adiknya sehingga tidak sanggup untuk ke tanah perkuburan. Dia juga kerap menangis dan banyak mendiamkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.

Rosni memberitahu, dia menjaga kanak-kanak perem­puan itu sejak berusia lima bulan dan kini bersekolah di tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Pasir Raja.

Gambar kenangan mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Kota Tinggi, Johor pada 30 Ogos lalu.

“Ayah kandungnya juga me­ninggal dunia. Kini ibunya pula ‘pergi’ dan kejadian itu memang benar-benar membuatkan Nursuzila trauma. Kami sekeluarga akan berusaha menjaganya dengan sebaik mungkin. Kami mendoakan agar dia tabah de­ngan ujian Allah SWT,” kata wanita itu.

Berita berkaitan: Empat beranak maut tercampak, dilanggar treler bawa pasir

Berita berkaitan: 4 beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan

Dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu, motosikal yang dinaiki empat beranak tersebut bertembung dengan sebuah treler dari arah bertenta­ngan menyebabkan mereka me­ninggal dunia di tempat kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI