JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penunggang motosikal bermain telefon bimbit ketika menunggang di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.
Lelaki itu dirakam bermain telefon bimbit di jalan raya yang sibuk. Bukan itu sahaja, dia turut tidak memakai topi keledar ketika memandu.
Ketika kejadian, lelaki itu beberapa kali melihat telefonnya sebelum menoleh ke hadapan untuk melihat jalan.
Tiba-tiba, sekumpulan penunggang motosikal dari simpang sebelah kiri menuju keluar dan melanggarnya. Sebilangan mereka jatuh di atas jalan apabila berlanggar dengan lelaki itu.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen dengan sebilangan mereka beranggapan situasi itu memenuhi jangkaan.
“Saya ketawa kerana menepati jangkaan,” komen seorang netizen. – Agensi