fbpx

Penduduk berarak sambil berselawat sambut merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Haiqal (dua dari kanan) bersama penduduk s berarak sambil berselawat sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam baru-baru ini.

PUNCAK ALAM – Laungan selawat bergema di pekarangan Masjid Taman Alam Jaya di sini sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan kira-kira 200 penduduk sekitar yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu kelmarin.

Program yang julung-julung kali diadakan itu adalah inisiatif Masjid Taman Alam Jaya bagi menyemarakan semangat merdeka dengan cara yang lebih berfaedah.

Penyelaras Program yang juga Imam 1 Masjid Taman Alam Jaya, Mohammad Haiqal Sulaiman berkata, ia merupakan antara progam utama yang dirancang masjid berkenaan sejak mula beroperasi pada tahun lalu.

“Kita ingin mengajak penduduk sekitar untuk meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang lebih bermanfaat. Menyambutnya dengan majlis ilmu dan berselawat lebih baik berbanding program berbentuk hiburan yang melalaikan.

“Objektif seterusnya untuk menanam semangat patriotisme dan seni warisan Melayu dalam kalangan anak-anak kita dan semoga mereka mengerti nikmat merdeka,” katanya ketika ditemui di sini kelmairn.

Sambutan Hari Kemerdekaan itu dimulakan dengan kuliah Subuh khas diikuti program Kem Remaja, Pameran Melayu dan Islam, manakala sesi petang pula diserikan dengan persembahan berkuda dan memanah, perarakan berselawat, persembahan silat, majlis selawat dan qasidah.

Orang ramai teruja menyaksikan pertunjukkan silat di pekarangan Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam baru-baru ini.

Menurut Mohammad Haiqal, program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Muwosalah Baina Ulama Dunia di Malaysia, Sayyidil Habib Abdullah Abdul Qadir Al-Habsyi sebagai tetamu khas.

Seorang pelajar, Nur Auni Mohd. Amir, 13, berkata, dia berasa teruja dapat menyertai program yang pertama kali dianjurkan di masjid tersebut.

“Bila datang program ini terasa besar manfaatnya dapat melihat koleksi kitab-kitab Ulama Nusantara . Berasa syukur menikmati erti kemerdekaan dalam nilai agama,” katanya.

Pengerusi persatuan penduduk Doriz Khairul Nahar ,42, pula berkata, sebelum ini dia hanya menyaksikan sambutan merdeka di televisyen dan rata-ratanya berbentuk hiburan.

“Jarang jumpa program sambut merdeka macam ni. Elok banyakkan program seperti ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI