KIEV – Seorang wanita di Ukraine sanggup mengahwini pembunuh bersiri dianggap paling kejam di dunia kerana yakin lelaki itu tidak bersalah atas tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Elena Bulkina mengahwini pembunuh bersiri, Sergey Tkach ketika baru berusia 23 tahun dan suaminya di pertengahan 60-an.
Tkach dipercayai telah membunuh lebih 100 wanita antara 1984 hingga 2005, menggunakan kuasanya sebagai pegawai polis untuk menutup jenayah mengerikan di mana dia akan merogol dan melemaskan mangsa sebelum mendera mayat mereka secara seksual.
Bulkina mendedahkan dia tidak mengambil berat tentang jenayah suaminya kerana dia jatuh cinta dengan suaminya semasa di dalam penjara.
Mereka berkahwin pada 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Elizaveta yang dilahirkan pada 2016.
“Saya tidak takut dengan sabitannya. Wanita yang baik takut kepadanya. Jika itu berlaku, bermakna semakin kurang persaingan untuk saya,” kata Bulkina dalam penggambaran dokumentari untuk laman penstriman Netflix.
Bagaimanapun, kisah cinta ini terhenti apabila Bulkina secara tiba-tiba berhenti melawat Tkach di penjara dan menghilangkan diri.
Lelaki itu mati pada tahun 2018 disebabkan sindrom ‘patah hati’, dipercayai kerana kecewa ditinggalkan Bulkina. – Agensi