fbpx

Perkahwinan ‘kental’ pasangan Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pasangan selebriti yang mengecapi kehidupan bahagia sebagai suami isteri untuk tempoh lebih daripada 10 tahun.

ADA harga yang perlu ‘dibayar’ sebaik memilih kehidupan sebagai selebriti apabila segenap inci pergerakan menjadi perhatian ramai.

Bagi yang sudah berkeluarga, bukan suatu kejutan andai perlakuan anak mahu pun pasangan turut diintai lensa, malah berpotensi tular dalam media sosial

Bagi mereka yang kalis kecaman netizen walaupun gangguan melangkaui ruang peribadi, tekanan barangkali tidak mendatangkan tekanan hebat.

Namun ada dalam kalangan pasangan sensasi yang sentiasa menjadi buruan, selain kerap berdepan kontroversi.

Tidak hairan ada ikatan perkahwinan individu popular hanya mampu bertahan sekerat jalan berikutan kurang persefahaman dan faktor sampingan lain.

Namun siapa sangka masih banyak pasangan sensasi mampu mempertahankan hubungan mereka puluhan tahun biarpun pernah berdepan spekulasi perpisahan.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa pasangan selebriti yang mengecapi kehidupan bahagia sebagai suami isteri untuk tempoh lebih daripada 10 tahun.

Will Smith dan Jada Pinkett
Tempoh: 25 tahun

Pernah dilabel sebagai pasangan yang mengamalkan hubungan terbuka, Will Smith dan Jada Pinkett menganggap perkara tersebut sekadar desas-desus yang sengaja diperbesar-besarkan.

Bintang The Nutty Profesor itu didakwa sudah sekian lama mengawal sikap dan kelakuan suami serta keluarga mereka.

Malah peristiwa aktor tersebut menampar Chris Rock ketika acara Oscar tahun lalu turut didakwa berpunca daripada sikap Pinket sendiri. Biar apa pun tanggapan ramai, rumahtangga yang dibina sejak 1997 terus utuh sehingga sekarang bersama dua permata hati, Jaden dan Willow.

Tom Hanks dan Rita Wilson
Tempoh: 34 tahun

Aktor Tom Hanks dan aktres, Rita Wilson pertama kali bertemu di set penggambaran sitkom Bosom Buddie sekitar awal 80-an, namun ketika itu Hanks masih berstatus suami kepada Samantha Lewes

Hanks dan Wilson bersatu kembali pada 1986 sebelum mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan dua tahun kemudian dan dikurniakan dua cahaya mata, Chester dan Truman Hanks.

Seperti pasangan lain, mereka juga berdepan dugaan namun tidak menggoyahkan kepercayaan sesama sendiri, sekali gus mempertahankan ikatan yang kini memasuki tahun ke-34.

Terbaharu, bintang Cast Away itu dilihat sangat melindungi isterinya hingga terpaksa memarahi seorang peminat yang terlanggar Wilson ketika mereka sedang berjalan menuju ke kereta.

Beyoncé dan Jay-Z
Tempoh: 21 tahun

Dikatakan kerap dicurangi suaminya, Jay-Z sepanjang dua dekad perkahwinan, Beyoncé nyata masih mempertahankan perkahwinan mereka.
Skandal demi skandal yang dicetuskan komposer dan penyanyi rap sensasi itu tidak menggoyahkan keyakinan Beyoncé yang mahu keluarga mereka tetap bersatu.

Mereka bukan saja berdiri teguh sebagai pasangan paling berpengaruh arena muzik, bahkan berada dalam senarai selebriti berpendapatan paling tinggi, selain kerap menjayakan konsert jelajah bersama.

Pasangan itu bertemu pada 1999 dan berkahwin pada 2008. Kini mereka bahagia dengan tiga orang anak iaitu Blue Ivy, dan kembar Rumi dan Sir.

David Beckham dan Victoria Posh
Tempoh: 23 tahun

PeNYATUAN bintang bola sepak dunia dan anggota kumpulan popular Spice Girl, Victoria pada 1999 pernah mencetuskan sensasi luar biasa.
Dua tahun percintaan sebelum bergelar suami isteri, Victoria yang dahulu dikenali sebagai Posh Spice awalnya memberikan nombor telefon kepada David Beckham.

Populariti kedua-duanya membuatkan mereka bersama empat orang anak sentiasa diekori paparazi.

Keluarga Beckham juga berada di papan atas sebagai ‘power couple’ apatah lagi sebaik pemain bola sepak itu menandatangani kontrak bersama LA Galaxy selama lima tahun bermula pada 2007. Dia juga berdepan kontroversi berparti dengan seorang wanita misteri pada 2003, hakikatnya Beckham tetap setia di sisi Victoria sehingga ke hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI