fbpx

Polis bongkar stor haram sindiket seleweng bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor haram sindiket penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi di kawasan semak samun di Kampung Kok Mak, Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Taktik licik sindiket penyelewengan bahan bakar bersubsidi beroperasi di kawasan semak samun yang sunyi berjaya dibongkar polis di Kampung Kok Mak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, serbuan pada pukul 2.30 petang itu berjaya menemui stor haram yang menyimpan minyak petrol dan diesel.

Katanya, intipan selama dua jam yang dilakukan di kawasan tersebut mendapati tiada sebarang pergerakan individu yang disyaki.

“Pemeriksaan lanjut menemui 17 tong drum berisi diesel dan petrol disembunyikan di kawasan semak samun dengan dilitupi kanvas berwarna biru.

“Kita kemudian bertindak merampas 80 liter minyak diesel, 3,100 liter petrol, satu unit pam sedut minyak dan dua unit hos getah dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM10,425,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, siasatan awal polis mendapati jarak stor haram dengan jalan utama adalah kira-kira 150 meter dan terletak jauh dari kawasan perumahan dangan laluan yang agak sunyi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI