fbpx

Ganjaran khas menanti Aaron Chia-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

SELEPAS mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun baru-baru ini, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal memperoleh ganjaran khas daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perkara tersebut diumumkan sendiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang akhbar bersama pasangan nombor lima dunia tersebut di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kata Ahmad Faizal, Aaron dan Wooi Yik bukan sahaja menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), namun ganjaran khas turut diberikan atas usaha kerja keras pasangan beregu tersebut di persada antarabangsa.

“Tentunya KBS akan memastikan mereka dapat ganjaran sewajarnya dan saya bersyukur kerana Yonex dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah umumkan ganjaran agak baik.

“Mereka berdua juga layak dapat Shakam bernilai RM20,000 tetapi rasakan ini kejayaan pertama anak Malaysia di pentas dunia dan KBS pastikan sumbangan selain Shakam akan diberikan.

“Namun, berapa nilainya akan diumumkan tidak lama lagi.

“Apa yang penting, kita mahu kaki mereka sentiasa di bumi dan sentiasa mengejar bintang-bintang di langit selain berusaha dengan gigih untuk kita semua. Kita bukan nak mereka menang sekali tapi kita mahu mereka menang berkali-kali,” katanya.

Dalam pada itu, kejayaan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah dengan menamatkan penantian selama 45 tahun apabila menjadi pemain badminton negara pertama muncul juara dunia sejak 1977, sekali gus menyaksikan mereka menerima durian runtuh lebih RM200,000 setiap seorang.

Aaron-Wooi Yik masing-­ma­sing­ bakal menerima RM150,000 setiap seorang daripada Persa­tuan Badminton Malaysia (BAM) serta RM50,000 juga setiap seorang menerusi sumbangan penaja Yonex.

Terdahulu Ahmad Faizal hadir menyambut ketibaan beregu lelaki negara itu di KLIA bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat badminton negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI