fbpx

UPSI Holdings sumbang RM500,00 untuk penyelidikan plat kenderaan UG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlee (empat kanan) menyampaikan replika cek kepada Md. Amin. FOTO: IHSAN UPS

PETALING JAYA – UPSI Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) menyalurkan sumbangan RM500,000 kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai tanda usaha sama bagi menjalankan penyelidikan plat kenderaan UG.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, UHSB memperlihatkan pencapaian yang hebat dan berjaya bangkit selepas pandemik Covid-19.

“Kegagalan dahulu adalah kejayaan yang tertangguh buat anak syarikat dan kini UHSB berada di landasan yang betul mengorak langkah lebih baik.

“Justeru, pendekatan strategik UHSB ini dapat memberi peluang untuk anak syarikat UPSI itu menjana dana yang memberi manfaat kepada universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam majlis sama, satu replika cek telah disampaikan oleh Pengurus Besar UHSB, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail kepada Md. Amin, di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada Program Santun Ahli Jawatakuasa Pengurusan Universiti (JKPU).

Md. Amin berkata, orang ramai digalakkan untuk mendapatkan nombor plat kenderaan UG dalam usaha meningkatkan penyelidikan di UPSI.

Plat UG adalah sebuah tanda ingatan kepada UPSI yang melahirkan para guru di Malaysia yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia dipilih sebagai simbolik ‘Untukmu Guru’ sempena ulangtahun ke-100 penubuhannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI