fbpx

Pagar rumah roboh disondol babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnani menunjukkan babi hutan sebesar anak lembu yang mati di belakang rumahnya pada penghujung tahun lalu ketika ditemui di Rembau semalam.

REMBAU – Penduduk di Taman Seri Rembau, di sini dan sekitar­nya bimbang dengan ancaman babi hutan yang semakin menjadi-jadi sejak lebih 10 tahun lalu.

Seorang penduduk yang ditemui, Rosnani Jamalludin, 37, berkata, dia sudah menetap di kawasan berkenaan sejak 1998, namun masalah babi hutan berkeliaran serta mengganggu semakin teruk 2010.

Menurutnya, antara faktor menyumbang keadaan ber­kenaan adalah pembinaan pe­nempatan baharu, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi mengatasi masalah babi hutan tersebut.

“Malah disebabkan masalah babi hutan ini juga pagar di beberapa bahagian rumah saya rosak disondol. Saiz babi hutan ini juga boleh tahan juga kerana ada sebesar anak lembu dan ini mengundang bahaya kepada penduduk.

“Pernah pada penghujung tahun lalu, seekor babi hutan seberat lebih 50 kilogram mati di belakang rumah dan jiran terpaksa bergotong-royong membantu menanam bangkai binatang tersebut,” katanya ketika ditemui di Taman Seri Rembau, di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Hazri Hassan, 43, berkata, disebabkan masalah babi hutan yang terlalu banyak itu juga dia tidak dapat menanam sayur-sayuran terutamanya berasaskan tanaman ubi di rumah.

Katanya, dia juga pernah terserempak dengan kumpulan babi hutan berserta anak-anak binatang berkenaan yang kebia­saannya muncul lewat petang.

“Jadi saya harap sangat agar pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat ambil tindakan segera.

“Jika sebelum ini terdapat kes warga emas cedera digigit beruk di sini, saya harap kejadian ini tidak berulang membabitkan babi hutan pula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI