KUALA LUMPUR – Caj parkir kereta di sekitar Lembah Klang dianggap tidak munasabah apabila ada antara mereka terpaksa berbelanja sehingga RM89 sehari untuk meletak kenderaan. Lebih mengejutkan, kos tersebut untuk sebulan dipercayai lebih mahal daripada sesetengah kadar sewa rumah. Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai dilihat menggunakan bahu jalan untuk meletak kereta sebagai alternatif menyelamatkan diri daripada dibebani caj parkir yang tinggi. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada mereka yang menggunakan kereta malah kenderaan kecil seperti motosikal juga mempunyai masalah sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya