fbpx

Lari panjat bukit elak banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI melihat keadaan rumahnya yang berselerak selepas kejadian banjir lumpur di Kampung Gua Air, Pos Pulat, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Dua buah keluarga berdepan detik cemas apabila terpaksa memanjat bukit selepas rumah mereka dilanda banjir lumpur di Kampung Gua Air, Pos Pulat di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku apabila kawasan itu dilanda hujan lebat selama dua jam sehingga me­ngakibatkan aliran air dari ladang kelapa sawit di kawasan berhampiran melimpah dan seterusnya memasuki rumah.

Seorang penduduk, Yusri Omar, 37, berkata, dia bersama anak perempuan berumur lapan tahun resah apabila hujan tidak berhenti sehingga air dari kawasan ladang berhampiran me­ngalir laju dan melimpahi kawasan rumahnya.

Katanya, keadaan berlaku sa­ngat pantas dan dia tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk sebuah kenderaan pa­cuan empat roda jenis Perodua Kembara yang diparkir di hadapan rumah.

“Saya dan anak segera menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke atas bukit berhampiran rumah.

“Barangan makanan seperti beras, peralatan dapur, tilam dan mesin rumput tidak sempat di­selamatkan apabila air separas lutut melimpah masuk ke bahagian dapur serta bilik,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Yusri berkata, selepas banjir surut sejam kemudian, dia bersama anaknya pulang semula ke rumah dan terkejut apabila melihat keadaan kediaman mereka sudah dipenuhi sisa lumpur.

Katanya, kejadian itu adalah yang paling buruk sejak dia mendiami rumah tersebut lima tahun lalu.

“Saya sudah lali kerana rumah ini kerap dilanda banjir. Jika hujan lebat rumah saya akan dima­suki air lima kali dalam tempoh sebulan,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli Abdul Rahman, 53, berkata, dia kerugian lebih RM20,000 apabila kedai runcit dan kolam ikan yang menempatkan 20,000 ekor ikan tilapia dan patin turut terjejas dalam kejadian banjir lumpur itu.

Katanya, dia bersama enam ahli keluarga dan dua pekerjanya turut melarikan diri di atas bukit semasa kejadian berlaku.

“Kejadian ini memang tidak dijangka kerana air lumpur turun dengan deras seperti kepala air,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI