fbpx

Aafiyah dah nak jadi kakak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Baru-baru ini Diva ada menonton sebuah video yang memaparkan gelagat Datuk Siti Nurhaliza dengan anaknya, Siti Aafiyah.

Seperti biasa, gelagat Aafiyah memang dinanti ramai peminat penyanyi nombor satu. Malahan, kanak-kanak berusia dua tahun itu semakin comel dan bijak berceloteh.

Dalam video tersebut, gelagat Aafiyah menimbulkan banyak persoalan kepada semua yang menontonnya.

“Aafiyah nak baby ni,” itu reaksi spontan Siti Aafiyah menerusi sesi siaran langsung di Instagram penyanyi itu baru-baru ini.

Masakan tidak, dia terlalu kerap mencium perut ibunya sehingga ada yang hairan dengan tindakannya itu.

Malah, aksi Aafiyah itu seolah-olah memberi bayangan, sekali gus membuatkan Siti tidak mampu menghalang anaknya untuk terus mencium perutnya. Lucu sungguh Diva lihat gelagat si comel itu. Beriya-riya ingin terus cium perut ibunya.

Baru-baru ini juga, Siti ada berkongsi sekeping lagi gambar Aafiyah. Tulis Siti, kesian Aafiyah yang dibahasakan sebagai kakak itu sebab terpaksa ditinggalkan di kampung. Siti pula ada urusan lain.

Dari situ, ramai pengikut Siti memberikan komen positif dan turut mendoakan agar Aafiyah segera dapat adik dan benar-benar dapat jadi kakak yang baik.

DIVA: Mesti anak perempuan Fattah Amin dan Fazura nanti comel sangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI