fbpx

Masalah Liverpool semakin ‘kritikal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON (kiri) menjadi pemain terbaharu Liverpool yang mengalami kecederaan ketika menang 2-1 ke atas Newcastle awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh Liverpool apabila seorang lagi pemain tengahnya mengalami kecederaan.

Kali ini, Jordan Henderson terpaksa dibawa keluar pada minit ke-71 selepas kapten Liverpool itu mengalami masalah hamstring.

Situasi itu menyebabkan The Reds bergelut untuk mencari gol kemenangan dan hanya mampu diraih pada masa kecederaan babak kedua menerusi pemain gantian, Fabio Carvalho.

Walaupun tetap meraikan kemenangan, namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pas­tinya dihimpit resah dengan pelbagai masalah yang mungkin boleh memberikan impak besar ­sepanjang musim ini.

“Hendo (Henderson) alami kecederaan hamstring. Ia agak serius dan dia tidak dapat meneruskan perlawanan, bukannya (pertukaran) atas dasar taktikal,” kata Klopp.

Henderson, 32, akan menjalani ujian imbasan untuk melihat tahap kecederaannya dan mungkin terlepas aksi derbi Merseyside menentang Everton di Goodison Park malam esok.

Sementara itu, tindakan Newcastle yang seakan-akan se­ngaja melambatkan permainan menimbulkan kemarahan para penyokong di Anfield sehingga tercetusnya kekecohan di tepi padang.

“Apabila kami menjaringkan gol pada minit ke-98, ia adalah reaksi balas yang sempurna. Saya begitu gembira kerana ini adalah perlawanan yang cukup sukar,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI