fbpx

Rosmah sempat lambai tangan kepada petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah sempat melambai tangan ke arah petugas media sebelum meninggalkan pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor telah meninggalkan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Rosmah yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam sempat melambai tangan ke arah petugas media dan barisan peguamnya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmah, 71, selepas mendapati isteri bekas Perdana Menteri tersebut bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selain tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan itu.

Sekiranya Rosmah gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama 30 tahun.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Poh Yih Tinn.

Sementara pembelaan diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI