fbpx

IMF muncul selamatkan negara muflis Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah kerajaan Sri Lanka di Colombo kelmarin. - AFP

COLOMBO – Negara muflis Sri Lanka akan menerima pelan penyelamatan bersyarat berjumlah AS$2.9 bilion (RM13 bilion) untuk memulihkan kewangannya, kata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini susulan krisis ekonomi yang menyaksikan Presiden negara itu diusir keluar. 

Kekurangan makanan, bahan api dan ubat di samping catuan bekalan elektrik dan lonjakan inflasi menghimpit Sri Lanka selama berbulan-bulan selepas krisis tukaran asing menyebabkan pengimport gagal membayar untuk barangan utama

Tunjuk perasaan besar-besaran menggegarkan negara itu Julai lalu dengan rakyat menyerbu kediaman rasmi Presiden ketika itu, Gotabaya Rajapaksa. Beliau kemudian melarikan diri dan mengemukakan surat perletakan jawatan dari Singapura.

Lembaga IMF perlu memuktamadkan persetujuan hari ini yang memerlukan Sri Lanka mendapat persetujuan pemiutang-pemiutang untuk menstruktur semula hutang asing Colombo berjumlah AS$51 bilion (RM228.7 bilion).

“Objektif program dana penyelamatan baharu ini adalah untuk memulihkan kestabilan makroekonomi dan kelestarian hutang Sri Lanka,” kata IMF dalam satu kenyataan selepas perbincangan sembilan hari yang diadakan di Colombo.

China selaku pemberi pinjaman terbesar kepada Sri Lanka setakat ini enggan menarik balik tawaran untuk memberikan lebih banyak pinjaman kepada berbanding menstruktur semula hutang Clombo. 

Menurut IMF, Sri Lanka bersetuju untuk menambah pendapatan, memansuhkan subsidi dan membina semula rizab mata wang asingnya yang hampir kehabisan.

Pada minggu ini pula, Presiden Ranil Wickremesinghe mengumumkan kenaikan cukai seterusnya bersama pembaharuan besar-besaran sebagai sebahagian usaha untuk mengawal hutang negara.

Krisis ekonomi Sri Lanka bermula apabila negara itu kehabisan simpanan tukaran asingnya untuk membeli barangan yang diperlukan bagi memastikan ekonomi negara berjalan lancar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI