fbpx

Elavarasan ketua jurulatih skuad B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAVARASAN (tengah) diberi kepercayaan oleh FAM untuk menjadi ketua jurulatih skuad B-23 negara bermula hari ini.

PETALING JAYA – Status mengenai ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih jurulatih tempatan, E. Elavarasan berkuat kuasa hari ini.

Elavarasan dilihat calon yang tepat oleh FAM bagi membolehkan kesinambungan taktikal menerusi skuad Harimau Malaya dengan skuad B-23 memandangkan statusnya selaku penolong ketua jurulatih kepada skuad senior bimbingan Kim Pan-gon.

Bekas pengendali Sarawak United itu dijangka melakukan persediaan untuk membantu pasukan menghadapi beberapa kejohanan penting tahun depan.

Antaranya termasuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei 2023, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September 2023 serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024.

Turut diperkenalkan Juan Torres Garrido dari Sepanyol selaku penolong ketua jurulatih; Park Jih-yeon (Korea Selatan/ jurulatih kecergasan), Lee Je-yoon juga (Korea Selatan/jurulatih analisis prestasi) dan Kris Yong daripada barisan kejurulatihan sebelum ini yang dikekalkan sebagai jurulatih penjaga gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI