fbpx

JKKN anjur wacana khas untuk penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Program Wacana Pembangunan Produk Seni Budaya 2022 anjuran JKKN pada 8 September ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Program Wacana Pembangunan Produk Seni Budaya 2022.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata, program tersebut akan diadakan di Auditorium Mini Kompleks Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur pada 8 September ini.

Bertemakan ‘Melangkah Ke Alam Digital’, beliau berkata wacana ini bertujuan untuk
berkongsi maklumat bersama individu dan kumpulan seni budaya berkaitan perkembangan teknologi digital menerusi pendedahan kepada konsep ekonomi digital, pemasaran serta promosi atas talian melalui pendekatan terkini.

“Program ini adalah untuk membangunkan penjenamaan serta pemasaran produk seni budaya berasaskan platform digital melalui pendedahan kepada konsep block chain (rantaian blok) dan NFT (non fungible token).

“Selain itu juga, program ini menyediakan ruang jaringan kerjasama antara penggiat dan usahawan seni budaya (seni persembahan) dengan pakar industri teknologi digital, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mesran berkata, pelaksanaan program ini juga bertujuan menggarap kaedah dan pelaksanaan baharu menggunakan platform digital sebagai nilai tambah penjanaan ekonomi melalui hasil produk penggiat serta usahawan seni budaya.

Jelasnya, penggiat dan usahawan seni budaya yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/PQWixf1V4bKjo7aEA Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 September 2022 (Isnin).

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI