fbpx

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
Ahmad Masrizal

KUALA LUMPUR- Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Mohamad dilaporkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak Khamis lalu.

Katanya, ujian pertama yang dilakukan sejak pulang dari Sabah menunjukkan keputusan negatif dan tiada simptom seperti demam dan batuk dilaporkan.

“Saya buat pemeriksaan seterusnya pada Rabu lalu sebab bercadang untuk masuk ke pejabat pada Isnin dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom.

“Saya kemudian dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak Khamis untuk rawatan. Alhamdulillah saya sihat,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Senator Dewan Negara memaklumkan sudah menjalani kuarantin diri di rumah sejak pulang dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI