fbpx

Polis tahan pemandu teksi bawa empat PATI ke Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu teksi ditahan polis selepas didapati membawa empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di Kilometer 371.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di lokasi berkenaan pada pukul 8.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kereta Proton Waja dipandu lelaki warga tempatan itu ditahan pihak berkuasa selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan terhadap empat penumpang termasuk seorang wanita warga Myanmar itu mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal mendapati empat warga asing berusia antara 31 hingga 40 tahun itu bekerja sebagai buruh di ladang teh di Cameron Highlands.

“Oleh kerana gaji yang tidak memadai, keempat-empat warga asing itu telah mencari kerja baharu dan memperolehi pekerjaan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Mereka menggunakan perkhidmatan teksi itu dari Simpang Pulai, Ipoh untuk dihantar ke tempat kerja baharu di sana,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati pemandu teksi itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan lelaki itu ditahan dalam tempoh 24 jam untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI