fbpx

Dybala anak emas baharu Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA (kanan) meledak dua gol buat Roma dalam kemenangan 3-0 ke atas Monza pada aksi Serie A di Stadio Olimpico awal pagi semalam. – AFP

ROM – Sentuhan magis Jose Mourinho masih belum hilang apabila mengemudi AS Roma melonjak ke tangga teratas Serie A selepas menewaskan Monza 3-0 di Stadio Olimpico yang dipenuhi lebih 70,000 penyokong awal pagi semalam.

Bekas penyerang Juventus, Paulo Dybala membuktikan Mourinho membuat keputusan tepat membawanya menyertai Roma apabila meledak dua gol pada minit ke-18 dan 32.

“Tahun lalu apabila kami menentang Juventus di sini, saya beritahu Dybala, dia adalah seorang pemain yang sangat hebat. Malam ini (awal pagi semalam) saya beritahu perkara yang sama kepada dia.

“Jelas sekali ini adalah malam buat Dybala walaupun pemain-pemain lain seperti Tammy (Abraham) juga bermain dengan bagus. Segala yang dilakukan oleh Dybala cukup sempurna,” kata Mourinho.

Pengendali berusia 59 tahun dari Portugal itu menjelaskan tindakannya mengeluarkan ­Dybala membawa masuk Stephen El Shaarawy pada minit ke-65.

Situasi tersebut menghalang niat bintang Argentina berusia 28 tahun itu untuk merakam hatrik pertama dalam kariernya bersama Roma.

“Dia bertanyakan kepada saya sama ada boleh terus berada di atas padang untuk mencari jari­ngan ketiga. Dia ada peluang untuk melakukannya ke atas Udinese pada 5 September.

“Saya tidak mahu mengambil risiko jika dia mengalami kece­deraan tidak diingini. Tahun ini amat penting buatnya kerana ­Piala Dunia (Qatar 2022) akan berlangsung pada November nanti,” jelas Mourinho.

Gol ketiga Roma dalam aksi itu dijaringkan oleh Roger Ibanez pada minit ke-61 untuk membolehkan Giallorossi menerajui carta Serie A dengan 10 mata, satu mata mengatasi Inter Milan di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI