fbpx

Saya mohon maaf – Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran fizikal.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya berharap agar IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini.

Menurutnya, kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

“Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, KPT mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta.

“Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu kerana
peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noraini, kepada pelajar yang sudah tiba di kawasan kampus masing-masing mereka, boleh terus kekal di kampus dan ikuti arahan seterusnya oleh pihak universiti.

“Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap semua pihak dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 ketika ini.-K! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI