fbpx

Luna derita masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA

AGAK lama kita tidak mendengar apa-apa kisah mengenai kumpulan f(x).

Terbaharu, seorang anggota kumpulannya iaitu Luna mendedahkan dia sudah lama mengalami masalah mental. Sekarang dia kini terbuka untuk berkongsi kepada umum.

Katanya, sebelum kedatangan pandemik, dia didiagnosis dengan sakit mental jenis panic disorder selepas kehilangan dua orang sahabat karibnya.

Menerusi pendedahannya dalam Instagram, Luna merayu dan meminta peminat untuk sentiasa menyayanginya serta diri masing-masing.

“Apabila saya keseorangan dan terlalu selesa untuk sentiasa ‘bersama’ dengan orang lain, saya sudah mula merasakan bahawa inilah masanya saya cuba hidup sendiri.

“Saya sudah terlalu lama membiarkan diri dibelenggu penyakit mental. Jadi, saya ingin menghadapi semuanya sendiri, saya boleh lakukannya. Doakan saya,” tulisnya sebelum membuat hantaran tersebut sekitar pukul 1 pagi waktu Korea.

Melihat ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan menasihatkan Luna untuk tidak bersendirian serta mendapatkan alternatif rawatan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI