fbpx

Mahkamah: Kurang 24 jam keputusan, Rosmah mohon hakim tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

KUALA LUMPUR – Hanya kira-kira kurang 24 jam sama ada disabitkan salah atau tidak pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada kes itu.

Dalam notis usul yang difailkan semalam dan afidavit sokongan yang diikrarkannya, isteri bekas Perdana Menteri meragui integriti hakim berkenaan ekoran insiden pembocoran dokumen penghakiman yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Notis usul bagi menyokong permohonan itu difailkan melalui Tetuan Akberdin & Co. semalam manakala kertas kausa diserahkan kepada pihak pendakwaan pada hari yang sama.

Menurutnya dalam laporan portal bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022′dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here‘ yang disiarkan pada 26 Ogos lalu, kemudian tular di media sosial.

Kes ketirisan dokumen mahkamah itu kini disiasat polis di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 ( kerana kesalahan membocorkan maklumat), Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Rosmah menyatakan, pendedahan penulis artikel itu menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap Mohamed Zaini untuk menghakimi kes projek solar dan selanjutnya mengumumkan keputusan yang dijadualkan esok.

Beliau selanjutnya menyatakan, pendedahan penulis artikel berkenaan pada asasnya sahih kerana Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan tidak menafikan kewujudan keputusan penghakiman setebal 71 muka surat.

Rosmah selaku pemohon menyatakan, perbuatan menyediakan penghakiman oleh pihak ketiga  melanggar Kod Etika Hakim dan Kod Etika Pegawai Kehakiman kerana hakim berkenaan tidak menyediakan keputusan dan penghakiman sendiri.

Sehubungan itu, Rosmah memohon Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada keseluruhan perbicaraan manakala keputusan yang dijadualkan esok digantung sementara menunggu pelupusan permohonannya.

Rosmah turut memohon prosiding tersebut dan perbicaraan didengar dan diputuskan oleh seorang hakim lain.

Sementara itu peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang menganggotai pasukan pembelaan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Untuk rekod keputusan sama ada Rosmah disabitkan atau tidak atas pertuduhan rasuah itu akan diputuskan oleh Hakim Mohamed Zaini yang sebelum ini telah selesai mendengar keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.

Pada hari tersebut, isteri kepada bekas perdana menteri tersebut bakal menjadi tumpuan negara kerana apa sahaja keputusan dan alasan penghakiman yang diumumkan oleh hakim berkenaan akan membawa impak yang besar terhadap beliau.

Semalam Rosmah gagal dalam permohonan permohonan sivil terbaharunya untuk menyingkirkan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion dan membatalkan keseluruhan prosiding dihadapinya sejak 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI