fbpx

Penyebaran berita palsu ragut nikmat kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) menyampaikan hadiah kepada wakil kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (dua dari kiri) yang memenangi acara perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Penyebaran berita palsu boleh boleh mengelirukan pemikiran masyarakat sekali gus menjejaskan keselamatan negera dan perpaduan rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, fitnah yang disampaikan juga dilihat boleh meragut nikmat kemerdekaan negara yang dikecapi oleh rakyat pada hari ini.

Menurutnya, penyebaran berita palsu umpama duri dalam daging yang meresahkan ramai pihak sehingga boleh memberikan impak negatif dengan tercetusnya perbalahan, perpecahan kaum dan menggugat kesejahteraan hidup bermasyarakat.

“Justeru, seluruh rakyat diseru supaya terus berusaha mengekalkan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.

“Kita perlu jalinkan hubungan yang harmoni sesama kaum dengan saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya keamanan dan kesejahteraan negeri kita kekal terpelihara sepanjang masa,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kemerdekaan selama 65 tahun negara banyak mengajar masyarakat supaya negara kekal sebagai berdaulat, makmur, jati diri serta dihormati prinsipnya dipersada antarabangsa.

Katanya, kita perlu akui bahawa arus globalisasi membawa pelbagai kebaikan, namun realitinya seluruh rakyat berhadapan pelbagai bentuk penjajahan moden.

Tambahnya, penjajahan bentuk baharu muncul seperti serangan pemikiran dan budaya khususnya yang banyak mempengaruhi generasi muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI