fbpx

Suami tidak takut dosa, bercerita berzina dengan wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Suami tidak malu bercerita dosa berhubungan seksual dengan wanita lain, namun apabila disuruh mengamalkan poligami bagi mengelakkan maksiat, lelaki itu enggan berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, si isteri bersabar tidak mahu berpisah dan menasihati suaminya tetapi, akhirnya dia diceraikan selepas lelaki tersebut ‘kantoi’ bersama wanita lain di sebuah rumah.

Kisah itu diceritakan oleh peguam syarie, Fahmi Ramli menerusi hantaran pada Facebook berkenaan kes anak guamnya yang mahu menuntut keadilan di mahkamah selepas diceraikan suami tanpa sebab walaupun sanggup bermadu.

“Setiap kali balik ke rumah, suaminya akan ceritakan tentang perhubungan seksual dengan wanita lain, penuh gigitan cinta di badan. Astaghfirullah, sampai sudah tidak rasa bersalah atau malu buat maksiat.

“Wanita itu bertahan lama kerana anak sahaja. Isteri tersebut sanggup untuk tidak bercerai dan cuba menasihati agar suaminya menikahi wanita tersebut.

“Dia tidak larat dengar orang kiri kanan bercerita tentang perbuatan suaminya. Bila disuruh kahwin, si suami elak dan minta jangan masuk campur urusannya,” katanya.

Beliau berkata, berikutan tidak tahan, wanita itu melakukan siasatan sendiri dengan pergi ke rumah yang sering dikunjungi suaminya.

“Alangkah terkejut apabila dia dapati suaminya berada di sebuah rumah bersama wanita lain dalam keadaan tidak berbaju selepas dibuka pintu,” ujarnya.

Ujarnya lagi, wanita itu tidak menghubungi penguatkuasa agama kerana mahu menutup aib suaminya.

“Waktu itulah dia diceraikan oleh suaminya. Jadi dia merasakan diri teraniaya kerana suaminya tidak pernah tanggung apa-apa. Perbelanjaan rumah dan anak-anak, semua dia uruskan melalui pendapatan kerjanya.

“Duit hantaran pun isteri ini yang tanggung dahulu. Hanya mas kahwin sahaja diberi manakala, kenduri semua ditanggung keluarga perempuan. Sudahlah kahwin pun macam percuma, apa pun tidak tanggung. Bukannya gaji kecil, motosikal dan kereta bertukar ganti,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI