fbpx

Rakyat Malaysia diingatkan waspada unsur boleh hancurkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin bersama Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Hari Kebangsan ke-65 kepada seluruh rakyat Malaysia. FOTO: Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur dalam dan luar negara yang boleh menghancurkan apa yang sedang dinikmati sekarang.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah supaya rakyat terus menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Baginda turut menitahkan rakyat menyuburkan lagi rasa cinta kepada tanahair dan menyemarakkan semangat patriotisme terhadap nusa dan bangsa.

“Beta berharap rakyat tidak “buta sejarah” dengan melupakan jerih perih perjuangan serta pengorbanan orang-orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan negara ini.

“Dengan mengetahui sejarah negara sendiri, rakyat Malaysia boleh merancang masa depan negara dengan lebih baik dan berkesan,” katanya hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan agar rakyat kekal hidup aman dalam suasana yang harmoni, hormat menghormati, bersatu padu dan saling bertoleransi dalam semua aspek kehidupan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI