fbpx

Curi barang kemas ibu saudara, bayar Ah Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang kemas yang telah dicuri suspek dalam kejadian di Taman Ampang Mewah.

AMPANG – Seorang wanita tergamak mencuri barang kemas milik ibu saudara gara-gara berhutang dengan Ah Long dalam kejadian di Taman Ampang Mewah, di sini sebelum ditahan polis pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kehilangan barang kemas bernilai RM77,500 itu disedari pemiliknya yang berusia 64 tahun pada pukul 4 petang, Isnin lalu.

“Mangsa wanita tempatan itu mendapati bekas besi mengandungi barang kemas miliknya yang disimpan di dalam laci kemek dan bahagian kunci mangga telah dirosakkan.

“Susulan itu, polis telah menahan anak saudara mangsa yang berusia 40 tahun dan merampas beberapa barang kemas di Taman Dagang, di sini pada petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Farouk, suspek mengaku telah mencuri emas terbabit sebelum duit daripada hasil curi itu digunakan untuk membayar hutang Ah Long serta perbelanjaan harian.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI