fbpx

Lebih 6,000 orang teruja hadir sambutan Hari Kemerdekaan di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan di Kuantan hari ini.

ASZAHARI ALI

KUANTAN – Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang disambut meriah hari ini dengan kehadiran lebih 6,000 orang yang membanjiri Padang Majlis Bandaraya Kuantan di sini.

Orang ramai mula berkumpul pada pukul 6.30 pagi dengan berpakaian warni-warni Jalur Gemilang serta pakaian tradisi Melayu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berangkat diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan pemimpin negeri

Seorang pengunjung, Mohd. Rizal Abu Bakar,39, berkata dia dan keluarga yang begitu teruja menyambut sambutan kemerdekaan tahun ini datang seawal pukul 7 pagi ke Padang Majlis Bandaraya Kuantan.

Katanya, sambutan kali ini amat bermakna sekali apabila buat kali pertama anaknya yang berusia lima tahun memakai pakaian persilatan Melayu.

“Selepas tiada sambutan akibat pandemik Covid-19, sambutan kali ini amat bermakna dan saya serta keluarga memang bersemangat untuk datang dan sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan,”katanya yang berasal dari Kampung Tengah di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI