fbpx

Teruja ingin sambut merdeka, ditahan di ‘roadblock’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JSPT KL mengeluarkan sebanyak 460 saman serta 22 motosikal disita dalam Ops Ambang Kemerdekaan di sekitar ibu kota malam tadi.

KUALA LUMPUR – Keterujaan sesetengah penunggang motosikal menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 terbantut apabila kebanyakannya ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di sekitar ibu kota, di sini lewat malam tadi.

Op Ambang Kemerdekaan ke-65 dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu bermula pada pukul 11 malam dengan kekuatan 59 pegawai dan anggota di sekitar Jalan Pahang, Jalan Loke Yew dan Jalan Tun Razak.

Menerusi operasi itu, JSPT Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 460 saman dan menyita 22 buah motosikal yang telah diubah suai manakala tujuh samseng jalanan turut ditahan di beberapa laluan utama di sekitar ibu kota.

Pada masa sama, sebanyak 111 kenderaan dikenakan saman oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut serta dalam operasi penguatkuasaan tersebut.

Tinjauan Kosmo! bersama pegawai JSPT Kuala Lumpur sekitar pukul 11 malam hingga 12.00 tengah malam tadi mendapati aliran trafik menuju ke Dataran Merdeka dan beberapa kawasan tumpuan di ibu negara sesak teruk.

Ribuan warga Lembah Klang bersama keluarga dan rakan-rakan membanjiri ibu negara terutama di sekitar Dataran Merdeka dan berhampiran Pusat Beli Belah Suria KLCC untuk melihat bunga api.

Bagaimanapun, orang ramai mula bersurai sekitar pukul 12.30 tengah malam apabila menyedari tiada pertunjukan bunga api berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI