PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 pada pagi ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini.
“Sehubungan itu, Dr. Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE