fbpx

PM meriahkan sambutan Ambang Merdeka di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Malaysia mengambil kesempatan menyambut Ambang Merdeka di Putrajaya malam ini FOTO- FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama lebih 10,000 orang Keluarga Malaysia hadir memeriahkan acara sambutan Ambang Merdeka di Anjung Floria, Presint 4 di sini malam ini.

Selain Perdana Menteri, barisan jemaah menteri turut sama hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan tersebut selepas hampir dua tahun diadakan secara sederhana ekoran Covid-19.

Program bermula seawal pukul 9 malam itu turut diserikan dengan persembahan artis terkemuka negara termasuk Ella, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Ameng Spring, Man Bai, Datuk Nash, Amir Masdi dan Ayu Damit.

Persembahan seni itu diiringi Kombo PrecintNotes Perbadanan Putrajaya (PPj) selain turut diiringi dengan persembahan tarian oleh Genius Seni Tari dan Kumpulan Tarian Rai’e.

Kemuncak sambutan pada malam ini bakal diakhiri dengan laungan merdeka sebanyak tujuh kali tepat pukul 12 tengah malam diikuti dengan persembahan bunga api dan nyanyian lagu Negaraku.

Sambutan Ambang Merdeka Putrajaya adalah anjuran PPj dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersempena penganjuran Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI