fbpx

Wanita maut semasa proses sedut lemak sehari sebelum majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembedahan tersebut sepatutnya berjalan selama lima jam bagi menyedut lemak di bahagian peruta dan lengan. - Google

TAIPEI – Seorang wanita di Taipei meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinannya selepas pembedahan sedut lemaknya mengalami kegagalan, lapor laman berita  Wolipop kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin, pergi ke Klinik Kecantikan dan Estetik Perubatan Fuzhneyan di wilayah Datong, Taipei sehari sebelum berkahwin pada 17 Ogos lalu.

Lin dijadualkan menjalani rawatan sedut lemak di bahagian lengan dan perutnya menerusi prosedur selama lima jam.

Dia yang ditemani tunang di klinik itu bagaimanapun berdepan komplikasi yang teruk semasa proses tersebut.

“Saya melihat petugas klinik keluar masuk dewan pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Lin sudah meninggal dunia.

“Mereka cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan namun tidak berjaya,” kata tunangnya.

Keluarga Lin dan tunangnya mengugut untuk menyaman klinik berkenaan atas dakwaan kecuaian perubatan,  namun laporan bedah siasat mengenai punca kematian masih belum disiapkan oleh pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI