fbpx

KKM masih teruskan kempen vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (tengah) bergambar bersama murid dan guru ketika menghadiri Sambutan Ambang Merdeka di SK Sungai Kepar hari ini . /FOTO WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan kempen di pelbagai platform termasuk di media sosial berhubung kepentingan mengambil vaksinasi khususnya kanak-kanak dan dos penggalak kedua.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana berdasarkan kajian selepas enam bulan pengambilan vaksin awal, keadaan imuniti tubuh badan semakin menurun terutamanya pada golongan yang sudah berumur dan mempunyai atau mengidap penyakit lain (komorbid).

“Golongan ini kita galakkan untuk mengambil dos penggalak kedua.

“Rakyat diingatkan agar tidak leka meskipun kita telah berada pada fasa peralihan endamik, namun golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai rekod komorbid perlu untuk mengambil suntikan penggalak kedua,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah di Dataran Ilmu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kepar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengikut jejak langkah Singapura yang tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula semalam, beliau berkata, KKM akan meneliti perkara itu dengan lebih terperinci.

“Kita akan mengkaji perkara ini secara terperinci dan melihat kepada data-data yang ada. Perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat dalam masa terdekat dan hasilnya kita akan umumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI