fbpx

Enggan Lesti sakit, Rizky belum sedia tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY Billar dan isteri, Lesti Kejora serta anak mereka, Muhammad Leslar.

PASANGAN selebriti popular, Rizky Billar dan Lesti Kejora tidak merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap anak pertama mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia lapan bulan.

Perkara tersebut diakui Rizky selepas tular khabar angin tentang perancangan mereka yang dikatakan sedang mengikuti program kehamilan anak kedua.

“Tambah anak? Kami belum merancang untuk menambah zuriat dalam masa terdekat. Mungkin kami akan memiliki seorang lagi cahaya mata dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya.

Tambah Rizky, dia juga tidak mahu menyakiti isterinya memandangkan penyanyi itu terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi sulung mereka pada Disember tahun lalu.

“Baby L (panggilan anaknya) juga masih kecil dan memerlukan tumpuan daripada kami.

“Jadi saya rasa bukan masa yang sesuai untuk menambah cahaya mata,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI