fbpx

Pakai untuk KLFW saja, maaf jika tidak selesa – Elvina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN seksi Elvina Mohamad ketika menghadiri KLFW2022 baru-baru ini mengejutkan peminat.

PETALING JAYA – Pelakon popular Datin Elvina Mohamad memohon maaf sekiranya penampilannya ketika menghadiri sebuah acara fesyen di ibu negara baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 27, memberitahu busana serba putih yang hampir mendedahkan pangkal pahanya itu digayakan bagi memberi sokongan kepada seorang pereka tempatan yang menyertai acara tersebut.

“Saya berpakaian begitu hanyalah untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini. Tidaklah memakainya untuk urusan harian lain.

“Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.

“Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Ditemui pada majlis sidang akhbar drama Takdir Cinta Dhia, ibu anak satu itu menyedari penampilannya mengundang rasa kurang senang dan turut mengejutkan peminat.

“Mungkin salah saya juga, tidak semua pengikut media sosial boleh menerima gaya seperti itu.

“Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun, baju itu hanya untuk acara tersebut,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu menuai perhatian ramai apabila muncul dengan fesyen agak mencolok mata sehingga mendapat kritikan ramai.

Malah, ruangan komen hantaran tersebut juga ditutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI