fbpx

Yoo Joo-eun bunuh diri, anggap kerjaya aktres satu sumpahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joo-eun menulis nota terakhir memohon maaf kerana terpaksa 'pergi dahulu'. - All Kpop

SEOUL –  Aktres Korea Selatan, Yoo Joo-eun meninggal dunia akibat bunuh diri semalam. Dia berusia 27 tahun.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa abangnya  memaklumkan tentang kematian Joo-eun menerusi akaun Instagram aktres berkenaan dan turut menyiarkan surat terakhir mendiang. Tetapan akaun Instagram Joo-eun bagaimanapun ditukar kepada ‘private’ selepas itu.

Menurut media tempatan, abang Joo-eun menyiarkan surat berkenaan sebagai memenuhi permintaan terakhir adiknya.

Dia juga berkongsi butiran pengebumian dengan berkata: “Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan, tolong hadir dan ucapkan selamat tinggal kepada Joo-eun.”

Berdasarkan terjemahan oleh laman berita hiburan soompi.com,  nota terakhir berkenaan menyatakan: “Saya mohon maaf kerana pergi dahulu (kematian). Saya benar-benar meminta maaf kepada ibu, ayah, nenek dan abang.

“Hati saya menjerit bahawa saya tidak mahu hidup lagi. Hidup tanpa saya mungkin kosong tetapi tolonglah teruskan kehidupan dengan berani. Saya akan memerhatikan setiap perkara. Janganlah menangis.

“Saya tidak lagi sedih sekarang ini. Saya berasa aman dan tenteram. Ini mungkin kerana saya telah memikirkannya (bunuh diri) untuk tempoh yang lama.

“Saya hidup penuh gembira yang mana ini  lebih daripada apa yang selayaknya untuk diri saya. Kerana itu, cukuplah bagi saya. Sudah cukup. Justeru, tolonglah teruskan kehidupan ini tanpa menyalahkan sesiapa,” demikian maksud nota tersebut.

Joo-eun yang pernah membintangi drama Big Forest(2018) dan Joseon Survival Period (2019)  turut menyatakan bahawa dia sangat teringin untuk menjadi seorang aktres tetapi mendapati kehidupan menjadi sukar.

“Saya tidak mahu melakukan perkara lain. Mempunyai perkara yang anda impikan  adalah satu rahmat, bagaimanapun mahu melakukan hanya itu juga menjadi satu sumpahan,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI