fbpx

Mohammad Mos idam takluk Gunung Wuling Tarako dengan berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Mos mahu takluk puncak Gunung Wuling dengan berbasikal.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Peminat sukan lasak, Mohammad Mos, 43, akan memulakan misi menawan puncak Gunung Wuling Taroko, Taiwan dengan berbasikal esok.

Mohammad yang kini menetap di Taiwan berkata, dia akan menyertai Cabaran Kayuhan Gunung Wuling Taroko bersama peserta terkenal dari seluruh dunia.

Menurutnya, laluan kayuhan sejauh 200 kilometer (km) dengan ketinggian 3,275 meter itu dianggap laluan paling sukar dan berbahaya di dunia oleh peminat sukan berbasikal.

“Saya berpegang dengan semangat dan yakin kayuhan ini dapat lakukannya dengan penuh semangat dan kesungguhan.

“Laluan basikal menuju ke puncak gunung berkenaan paling mencabar dan setiap peserta harus melepasi beberapa fasa termasuk melepasi ujian masa ditetapkan penganjur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, dia bertekad untuk mencipta rekod sendiri bagi cabaran kayuhan itu dan berharap dapat mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung berkenaan.

Mohammad berkata, kayuhan itu juga dilakukan sempena Hari Sukan Negara anjuran Perwakilan Malaysia di Taipei yang disambut bulan ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI