fbpx

Mayat lelaki dengan kesan kelar dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang memeriksa mayat disyaki mangsa bunuh di Felda Kerteh 6, Kemaman malam tadi.

DUNGUN – Seorang pengurus ladang tergamam apabila menemui satu mayat lelaki berlumuran darah disyaki dibunuh di Felda Kerteh 6 di sini semalam.

Mayat lelaki tersebut dilihat dalam keadaan terbaring di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, pengurus ladang tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Pemeriksaan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian menemui kesan kelar pada leher mangsa.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan identiti mangsa dipercayai berusia 40-an sedang dikenal pasti,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Felda Kerteh 6 di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung pembunuhan tersebut sedang dilakukan bagi mengesan suspek bertanggungjawab dan motif kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI