fbpx

Hujan lebat di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda tujuh negeri pada pagi ini dan dijangka kembali reda dalam tempoh beberapa jam lagi.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di laman Facebook sebentar tadi.

MetMalaysia memberitahu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh).

Selain itu turut melanda tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan kawasan Putrajaya dan Melaka pagi ini.

Sementara itu, bagi Negeri Sembilan pula turut terkesan adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Cuaca buruk yang sama juga dilaporkan berlaku sekitar Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta sebahagian kawasan di Sarawak temasuklah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song),” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan kawasan berkenaan sepanjang tempoh yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI