fbpx

Enam sungai di Selangor melebihi paras bahaya, waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Enam sungai di Selangor melibatkan empat daerah dilaporkan melebihi paras bahaya dan waspada ekoran hujan lebat berterusan.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11 malam, empat sungai di daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang menunjukkan trend meningkat melebihi paras bahaya.

Ia melibatkan Sungai Beranang di Pekan Beranang, Hulu Langat dengan bacaan 32.14 meter (m); Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang (12.74 m); Sungai Langat di Dengkil, Sepang (7.61 m ) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (4.21 m).

Selain itu, dua lagi sungai iaitu Sungai Bakul di Kg. Budiman (Petaling) dan Sungai Jenderam di Jenderam Hulu, Sepang masing-masing mencatatkan bacaan 7.53m dan 11.31 m melebihi paras waspada.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan 13 negeri kecuali Melaka sehingga pukul 10 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI