fbpx

Tengku Zafrul dilantik Pengerusi Manifesto BN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga kiri) ketika merasmikan Karnival Usahawan, Koperasi dan Pendidikan Parlimen Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, jawatan kuasa manifesto itu sudah mula mengadakan mesyuarat yang turut disertai Tengku Zafrul.

“Pelantikan itu sudah diputuskan parti komponen sebelum ini dan berkuat kuasa awal Ogos lalu.

“Tengku Zafrul akan sentiasa bekerjasama dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengetuai manifesto di peringkat BN pusat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan, Koperasi dan Pendidikan Parlimen Sabak Bernam di Dataran Usahawan di sini, petang tadi.

Jelas Noh, perkara berkaitan manifesto itu bagaimanpun akan diumumkan BN pada waktu bersesuaian kelak.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, pelantikan Tengku Zafrul yang juga Bendahari BN negeri disifatkan tepat
kerana memiliki kemampuanmenilai dan memberi perkhidmatan terbaik sebagai sebuah kerajaan negeri.

“Beliau akan memberi keyakinan kepada UMNO dan BN untuk mempersembahkan manifesto terbaik yang diyakini rakyat di Selangor.

“Kehadiran Tengku Zafrul semestinya akan membantu kita dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.

Tegasnya, beliau yakin akan wujud gerak kerja menyeluruh bagi memastikan kemenangan BN sekali gus merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI