fbpx

‘Budak besar’ perlu kekal kuat – Nidzam Jamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Gergasi Merah diharap tidak terlalu tertekan menjelang aksi menentang JDT pada Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya malam ini.

SELANGOR FC tidak boleh berterusan meminta simpati daripada penyokong sebaliknya reaksi balas positif daripada pemain juga elemen terpenting untuk melihat kebangkitan se­mula pasukan dalam baki saingan musim ini.

Pengendalinya, Nidzam Jamil berkata, sebagai ‘budak besar’ seluruh pasukan tidak boleh meratapi situasi yang sedang dihadapi pasukan, sebaliknya kena bersikap positif untuk mengembalikan keyakinan.

“Saya faham kerana saya pernah berada di tempat penyokong, namun kami juga perlukan sedikit simpati. Pasukan perlukan sokongan, sedikit pun sudah memadai buat kami.

“Apa yang kita boleh ubah adalah (dapatkan) keputusan dan kami perlu berikan reaksi yang lebih baik. Kami kena beri lebih lagi, kadang-kadang kalau 10 tidak cukup, kita kena berikan 11.

“Kami tidak boleh berterusan berkata sedih apabila kalah. Kita sudah pun jadi ‘budak besar’ dan perlu perbaiki situasi ini,” katanya.

The Red Giants sebelum ini melantik Nidzam sebagai pengendali sementara bagi menggantikan Feichtenbeiner, namun hasrat jurulatih muda itu memulakan tugas dengan langkah kanan tidak berhasil apabila tewas kepada Terengganu FC dan PJ City.

Daripada pemerhatian bekas pengendali Felda United itu, Se­langor tidak boleh lagi berbangga dengan jumlah peluang tercipta dan ia perlu diterjemahkan dengan jaringan.

“Kami kena betulkan sikap di depan gol kerana kalau tidak kita akan bercakap tentang mencipta peluang. Bola sepak bukan berkisar kepada cipta peluang tetapi menjaringkan gol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI