fbpx

Banjir kilat di Bangi, pergerakan komuter terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di Stesen Komuter selepas tren terpaksa berpatah balik ekoran banjir kilat.

KAJANG – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bandar Seri Putera, Bangi dan Bangi Selatan dilanda banjir kilat lewat petang tadi.

Beberapa kenderaan dilaporkan terkandas di jalan raya susulan air semakin meningkat sejak pukul 6.30 petang tadi.

Difahamkan turut berlaku gangguan kepada perkhimatan komuter dari Stesen KL Sentral ke Sungai Gadut, Seremban ekoran banjir kilat di laluan komuter antara Stesen Bangi ke Stesen Batang Benar.

Sementara itu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Persiaran Putra, Bandar Seri Putra juga terjejas selepas paras air dilaporkan meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI