fbpx

Mayat warga asing ditemui dalam kebun betik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga asing ditemui mati di kebun betik di Kampung Dalam Wang, Baling pada semalam.

BALING – Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan kesan luka pada dahi di kawasan kebun betik di Kampung Dalam Wang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa yang merupakan pekerja kebun di situ kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Susulan itu, kita menahan dua lelaki iaitu majikannya yang merupakan warga tempatan serta lelaki warga asing iaitu rakan sekerja mangsa antara pukul 3 hingga 5 petang.

“Kita masih mengesan seorang lagi warga asing yang juga merupakan rakan sekerja mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman sehingga 4 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Warga asing yang ditahan didapati tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dan siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI