fbpx

KKM disaran longgar kewajipan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat MPN Bil.8/2022 di Putrajaya di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka seperti yang dilaksanakan Singapura bermula hari ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada KKM dengan pelbagai kejayaan yang dilakukan bagi menangani wabak Covid-19 sejak 2020.

Beliau menegaskan, dirinya sendiri ada membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berhubung keperluan pemakaian pelitup muka sekiranya situasi sudah baik.

“Dia (Noor Azmi) mengatakan KKM akan melihat perkara terbabit dengan lebih terperinci. Tindakan ini bukan kerana Singapura buat, maka Malaysia akan buat.

“Apapun saya fikir sekarang ini, mungkin ada kebiasaan baharu untuk penduduk tempatan atau warga asing apabila memakai pelitup muka tanpa dipaksa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN ke lapan bagi tahun 2022 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya, jika ia sudah menjadi kebiasaan, mungkin ada baiknya KKM membuat keputusan kewajipan pemakaian pelitup muka sudah tidak lagi perlu tetapi boleh dipakai jika mahu rasa lebih selamat.

Muhyiddin berkata, keputusan itu akan diserahkan kepada KKM kerana bukan di bawah bidang MPN.

“Kita di MPN hanya memberi pandangan dan saya serah kepada KKM untuk mempertimbangkan perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI